Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Allah S.W.T atas segala kurniaanNya. Tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudari...Alhamdulillah, buku 30 Nasihat Agama telah selamat dicetak dan diterbitkan..
Saya namakan 30 Nasihat Agama kerana ia mengandungi 30 tajuk pelbagai bidang kehidupan dan tema yang boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam melayari kehidupan seharian. Setiap satu tajuk, kupasannya tidak terlalu mendalam, ringkas dan mudah difahami. Amat sesuai untuk dijadikan teks atau bahan dalam mana-mana ceramah mahupun kuliah atau tazkirah.
Isi kandungan buku ini sebenarnya adalah himpunan artikel yang hantar dan disiarkan di Ruangan Agama Berita Harian sejak tahun 2000. Kalau dihimpun keseluruhan artikel itu ada dalam 80 artikel sebenarnya pernah tersiar di akhbar tersebut untuk tempoh 12 tahun itu. Namun untuk cetakan dalam bentuk buku ini, bebarapa isi saya edit dan tajuknya juga tukar dengan tajuk yang baru.
Buku ini saya jual di pejabat saya di Pusat Pemantapan Akidah (JAKIM) Jelebu iaitu kepada peserta-peserta kursus yang datang ke Pusat Pemantapan Akidah, di samping itu kalau ada mana-mana jemputan ceramah, saya akan jual juga. Setakat ni Alhamdulillah jualannya agak baik dan menggalakkan.
Saya tidak letak buku ini di mana-mana kedai buku kerana ia hanya dijual secara langsung oleh saya sendiri. Saya mengambil kaedah ini kerana meyakini bahawa jualan secara langsung oleh penulis sendiri dalam mana-mana jemputan ceramah adalah lebih menarik minat pembaca untuk membelinya berbanding letak sahaja di kedai atau suruh orang lain tolong jualkan. Begitu juga apabila peserta datang berkursus di tempat saya di PPA, akan saya buat promosi untuk penjualan.
Di medan cyber ini saya mengambil kesempatan pula untuk mempromosi buku ini melalui laman blog dan laman sosial Facebook. Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya dengan cara :
2. masej ke email saya : mohdkamel73@yahoo.com
3. hubungi saya : 019-2881331
Harga buku RM15.00 dan kos penghantaran adalah di bawah tanggungan saya sendiri.
Berikut ialah tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku 30 Nasihat Agama :
1. Akhlak Mulia Penyumbang Utama Pembentukan Modal Insan Cemerlang dan Gemilang
2. Adab Dalam Persahabatan dan Pergaulan
3. Adab Islam Dalam Urusan Hutang Puitang dan Pinjam Meminjam
4. Ahli-Ahli Masjid Tetap Dalam Pemeliharaan Allah
5. Amalan Bermuhasabah Suatu Tuntutan Agama
6. Asas Perpaduan Mengikut Perspektif Islam
7. Bahaya Fitnah Kepada Masyarakat Islam
8. Bahaya Syirik Dalam Hidup Insan
9. Bersabar Dalam Mengawal Kemarahan
10. Hakikat Alam Barzakh dan Alam Akhirat
11. Jujur dan Amanah Dalam Melaksanakan Sesuatu Tugas
12. Keharusan Hukum Menziarahi Kubur Kepada Kaum Wanita
13. Kekuatan Iman dan Akidah Tunjang Pembangunan Tamadun Ummah
14. Kesederhanaan Beramal Ke Arah Pembentukan Modal Insan Gemilang
15. Konsep Azam Baru Menurut Perspektif Islam
16. Petunjuk Agama dan Akal, Anugerah Untuk Orang Yang Bertakwa
17. Larangan Memakan Harta Anak Yatim
18. Mendahulukan Beri Salam Dapat Pahala Lebih Banyak
19. Mengaku Diri Sebagai Tuhan Adalah Suatu Amalan Syirik
20. Nilai Hidayah Dalam Hidup Seseorang Muslim
21. Orang Mukmin Yang Bijaksana Ialah Mereka Yang Sentiasa Membuat Persiapan Menghadapi Saat Kematian
22. Peluang Beramal Selepas Menempuhi Alam Kematian
23. Perbuatan Mendoakan Orang Mukmin Yang Lain Secara Ghaib Tanpa Pengetahuannya Adalah Suatu Amalan Mulia
24. Sabar Jalani Kehidupan Demi Mencapai Kejayaan
25. Sampainya Doa dan Bacaan Ayat al-Quran Orang Yang Masih Hidup Kepada Mereka Yang Telah Meninggal Dunia
26. Sebab Yang Boleh Merosakkan Amal
27. Syarak Menggalakkan Bacaan Talkin Syahadah Kepada Orang Yang Menanti Saat Kematian
28. Sebaik-Baik Perhiasan Dunia Ialah Wanita Solehah
29. Ketokohan Nabi Muhammad S.A.W Sebagai Seorang Pendidik
30. Zikrullah Satu Kaedah Penyucian Hati
Sebagai makluman, buku ini mempunyai 160 halaman dan mengandungi kata-kata aluan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Karyawan Tamu, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) USIM yang juga merupakan Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan dan Terengganu serta Ahli Panel Kajian Syariah dan Akidah JAKIM.
Kepada sesiapa yang ingin membuat pembayaran, sila hubungi telefon bimbit saya 019-2881331 dan saya akan berikan no. akaun untuk tujuan bank in. Tidak perlu email atau pos mahupun fax kepada saya bukti wang sudah di bank in, kerana saya sendiri akan semak melalui perbankan internet. Mudah kan?
Sesiapa yang berminat untuk menjual buku ini amatlah dialu-alukan dan diskaun akan diberi kepada mereka yang benar-benar berminat.